Google

Tuesday, February 20, 2007

:: Bengkel Asas Perniagaan Internet ::

Post kali ni, saya tak nak taip panjang-panjang. Tengok tajuk je kita dah boleh agak apa perkara yang saya nak perkatakan. Jadi, apa tunggu lagi.. Jika anda ingin menambah ilmu di dada, klik banner di sebelah. Opss..lupa nak bagitau tarikh.

Tarikh: 24 Februari 2007, Sabtu
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Komputer, UKM Bangi.

Yuran Penyertaan: RM270 sahaja

NOTA: Setiap perserta akan disediakan sebuah komputer dengan akses internet untuk sesi praktikal.
Fasilitator:
Mohd Zulfadli - SmartUsaha.Com, dan
Mohd Shamsuriyadi - RajaAdsense.Com
So, apa tunggu lagi!!!

Sunday, February 18, 2007

Semangat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru Cina!! Bila sebut tentang Tahun Baru, setiap orang pasti akan tanamkan azam pada diri sendiri. Kebiasaannya pasti menginginkan kebahagiaan dan kekayaan. Sesuai dengan Tahun Baru Cina yang betemakan ikan, apa kata kita sama-sama tumpang semangat mereka mengejar kekayaan. Tapi, bukan dengan cara yang salah tau...:)

Salah satunya, anda boleh mulakan perniagaan diinternet. Tak kisahlah sama ada anda ingin menjalankan perniagaan dengan produk sendiri atau pun dengan program affiliate. Jangan join HYIP sudahlah..

Cukup setakat ini, sekali lagi saya ucapkan selamat tahun baru cina buat semua bangsa cina di Malaysia..

Tuesday, February 13, 2007

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Tak kenal maka tak cinta.. ungkapan yang pernah kita dengar. Betul ke? Apa kena mengena dengan affiliate ni?

Untuk makluman semua, terdapat banyak syarikat di Internet yang menawarkan Program Affiliate untuk anda sertai. Bermula dari syarikat yang terlibat dalam penjualan buku, muzik, DVD movies atau games, barangan elektronik, makanan kesihatan, alatan sukan, pakaian, dan lain-lain lagi.....sehinggalah kepada syarikat yang memasarkan perkhidmatan seperti web hosting, web design, search engine, direktori, seminar perniagaan, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata.....'MaCaM-mACaM Ada' !!!!

Jadi, apa kata anda kenalpasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai. Bukannya apa, lebih baik buat sedikit research agar kita lebih berkeyakinan untuk mepromosikan sesuatu. Contohnya http://Prepaid4U.Net/?id=cikguzaki

Saturday, February 10, 2007

Jom Sambung Belajar..

Hari ini merupakan hari yang memeningkan buat saya kerana saya terpaksa menjalani peperiksaan Bahasa Inggeris bagi tujuan pemantapan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Anda pula bagaimana? Tidak salah jika kita join kelas Bahasa Inggeris di tempat yang berbayar kerana ianya amat penting sekali lebih-lebih lagi jika kita ingin mengembangkan sayap perniagaan internet kita di seluruh dunia. Takkan nak join affiliate Malaysia je kot..

Pesan sifu internet saya :
Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan kepada diri sendiri (tambahkan ilmu)

Thursday, February 8, 2007

Best Affiliate Programs

Below are the Top Ten Affiliate Programs for January 2007 as tracked by the Affiliate Tip Affiliate Program Directory.

The Top Ten affiliate programs are calculated by the number of clickthroughs each program received in the affiliate program directory.
Disclaimer: While we attempt to include only legitimate programs in this directory, no warranties are made. Please research each company carefully to arrive at your own conclusions. If you experience difficulties with any of the programs listed, contact us, so that we may investigate them.


CPA networks are treated as individual affiliate programs for the purposes of the Top 10 Affiliate Programs list.

Affiliate programs can be submitted to the directory at http://www.affiliatething.com/reg.php.

Saya masih belum mencuba. Ni tengah "study" dulu.. jika sesuai, inyaallah akan join! hehehe :)

Wednesday, February 7, 2007

Kelebihan menjadi agen affiliate

Bagi mereka yang masih belum mengetahui apakah kelebihan-kelebihan menjadi agen affiliate, apa kata anda baca apa yang telah saya senaraikan di bawah. Manalah tahu, anda tertarik lantas ingin menceburkan diri dalam program affiliate ni.

Kelebihan-kelebihan:

  • tidak memerlukan modal sendiri. (wah! ini sudah bagus kerana tidak perlu fikir tentang penghasilan produk)
  • mudah dan boleh bermula dengan segera. (tahukah anda, saya memulakan perniagaan affiliate dalam tempoh masa kurang 10 minit!)
  • Kebanyakan affiliate adalah FREE! (tidak memerlukan modal berbentuk wang dan sesuai bagi mereka yang ingin memulakan tapak dalam bisnes internet)
  • tiada had penyertaan (anda boleh menyertai seberapa banyak affiliate yang anda terdaya)
  • Teknik pemasaran disediakan oleh syarikat. (anda cuma perlu mengikut step yang diberikan syarikat malah ada syarikat yang memberikan anda website secara FREE)
  • Tidak terlibat dalam urusan jual beli (tugas utama anda adalah PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI & tunggu komisen - mudah bukan!)
  • Komisen dan bonus yang menarik (ada sesetengah syarikat memberikan komisyen sebanyak 50% - HEBAT)

Monday, February 5, 2007

Jenis-jenis affiliate

Jangan tak tahu, affiliate ni ada berjenis-jenis juga. Berikut senarai jenis-jenis affiliate:
  • Pay per sales - komisen dibayar kepada agen yang berjaya membawa pelawat membeli produk yang ditawarkan.
  • Pay per lead - Komisen dibayar jika berjaya membawa masuk pelawat ke website walaupun tiada jualan dilakukan.
  • Pay per click - komisen dibayar jika pelawat klik iklan yang dipaparkan pada website.

Mudah bukan! Agak-agak, dah boleh mula ke buat perniagaan internet ni? tepuk dada tanya selera.

Sunday, February 4, 2007

What is an affiliate?

An affiliate is a commercial entity with a relationship with a peer or a larger entity.

Affiliate marketing typically refers to this Electronic commerce version of the traditional agent/referral fee sales channel concept. An e-commerce affiliate is a website which links back to an e-commerce site such as Amazon.com. When the readers of the website click on the link, they are connected to the e-tailer and if they purchase something the affiliate receives a small payment (depending upon the e-commerce site policies), usually a percentage of the money the customer spends. Affiliates can also be referred as publishers. The Hotel and Travel Industry uses affiliate marketing to a large extent.

Pendek cerita, jika pengunjung mandaftarkan diri dengan sesuatu perniagaan pengunjung itu akan mendapat komisen di atas penjualan setiap produk atau perkhidmatan yang dibawa oleh mereka.

Usah risau, pendaftaran affiliate kebiasaannya adalah FREE!

Di sini, terdapat dua golongan utama iaitu pengurus affiliate dan agen affiliate. Terpulang kepada anda, di mana kedudukan anda.

Saturday, February 3, 2007

Welcome to affiliateboy blog!

Amboi, tajuk je sudah bahasa inggeris. Gimik je tu :) Bagi anda yang baru mengenali bisnes internet atau ingin menjana wang tanpa modal yang besar di internet, saya cadangkan membuat affiliate program. Eh! apa itu Affiliate? tunggu...
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle